10.01.2011 (Monday, 10.00pm)
Oh mY goshhhhh!!! Unbelievable....
This is at Kuching International Airport & Hopefully all da passenger was ok ...
KUCHING: Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) malam tadi.
Difahamkan empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 malam dan jumlah mereka yang berada dalam pesawat itu belum dapat disahkan.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin A Rahman, ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian.
Beliau berkata, pihaknya telah pun menghantar pegawai bersama jurutera AirAsia untuk siasatan lanjut punca kejadian.
"Tunggu kenyataan daripada Menteri Pengangkutan hari ini kepada pihak media," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, seorang penumpang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Balai Ringin, Snowdan Lawan, memberitahu pemberita ia berlaku dalam keadaan hujan yang sangat lebat.
"Keadaan cuaca amat gelap dan pesawat melambung ke kiri dan ke kanan sebaik saja mendarat sebelum tiba-tiba terbabas ke kawasan bertanah di tepi landasan," katanya.
Difahamkan penumpang pesawat tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke bangunan terminal.
Sementara itu, sumber KIA memberitahu Bernama hari ini pesawat tersebut masih belum dialihkan dari tempat kejadian. - BERNAMA