Friday, December 11, 2009

Fesyen 2



Romantik Sifon
by Eh! Disember 2009

Mengalun lembut membelai susuk seksimu. Nipis dan jarang, tiupkan gaya romantis kembara dan parti musim ini.

1. DKNY Jeans, Harga tiada
2. Ted Baker, Harga tiada
3. Topshop, Harga tiada
4. Zara, RM269

Fesyen 1



Terapi Kembara
by Eh! Disember 2009

Lambakkan yang polos dan bermotif ringkas dalam acara kembara. Tatahi warna menjerit dan perincian 'cute'.


1. Gaun tingkat berambu, Kate Spade
2. Rantai bintang, MNG, RM119
3. Cincin gemerlap, Folli Follie
4. Kasut tumit perincian flora mekar, Vincci

Thursday, November 26, 2009

Hari Raya Haji 27.11.2009


Hari Raya Aidil Adha.......
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Yeah..yeah.. Esok Raya!!!!!!

Tuesday, November 24, 2009

Must Read!!

Stres, Penyakit Zaman Moden
EH! Nov.2009

STRES MUNGKIN ANTARA ‘PENYAKIT’ PALING POPULAR MASYARAKAT MODEN HARI INI. MENGHADAPI STRES ADALAH SESUATU YANG NORMAL, TETAPI IA BUKAN ALASAN UNTUK MEMBIARKAN IA MENGUASAI DIRI.
Tiada siapa bisa melepaskan diri daripada tekanan. Tekanan atau lebih dikenali sebagai stres adalah satu fitrah yang dihadapi oleh semua. Yang berbeza adalah bagaimana seseorang itu mengawal tekanan yang dihadapi. Soal kewangan, perhubungan, suasana kerja dan keadaaan sekeliling antara faktor tekanan kita hari ini. Menurut Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman, Perunding Psikiatri dari Pusat Perubatan Pantai, stres yang biasa dihadapi hari ini banyak bersangkut-paut dengan gaya hidup kita sendiri. Pembangunan dan kemodenan telah mencetus pelbagai jenis tekanan, dan ramai antara kita yang membiarkan sahaja tekanan tersebut tanpa mencari penyelesaian mahu pun penawar. Akibatnya, tahap tekanan yang dihadapi meningkat dan berada pada tahap yang tidak sihat.
STRES & SEKS
Kajian yang dijalankan oleh Arizona State of University mendapati hubungan seksual boleh menurunkan kadar stres dan mood negatif. Mereka yang menikmati hubungan seks yang berkualiti dengan mudah merubah perasaan negatif dan berasa lebih tenang (kurang stres).
Antara lima perkara (aktiviti) yang meredakan tekanan ialah urutan, sentuhan fizikal dengan pasangan, hubungan seks yang berkualiti, strong orgasm dan juga pernafasan yang baik. Dan jika diperhatikan empat daripada lima cara tadi mempunyai hubung-kait dengan hubungan seks.
“MOOD” POSITIF
Mereka yang berasa tertekan akan berasa lebih tenang dan ceria selepas menikmati hubungan seks. Menurut kajian, mereka yang berasa tenang akan mempunyai selera seks yang lebih tinggi. Less stress more sex.
SEKS & TEKANAN DARAH
Hubungan seks yang berkualiti juga menyumbang kebaikan kepada tekanan darah anda. Apabila tekanan darah anda berada pada tahap yang baik, ia sekali gus mendorong anda untuk menangani stres dengan lebih baik.

SEKS & TINDAK BALAS STRES
Wanita yang mempunyai hubngan seks yang baik tidak hanya bijak menangani stres, tetapi mereka juga mempunyai sikap ‘selamba’ pabila didatangi masalah atau tekanan. Mereka lebih tenang.